Monday, October 11, 2010

sRP and cabaran jom silat 1 dalam 10000

Setiap petang mesti ada latihan..malam pun latihan juga...letih... akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu, SRP...!!!!

Dianggarkan seramai 120 orang yang telah menduduki SRP pada tahun ini. Pada ketika ini dalam hati dah tak ada taman tapi ada perghhh cuak tu.....!!! Kali ini SRP diadakan di Kompleks Sukan Rakan Muda Negeri Johor. Kami tiba di JB anggaran dalam pukul 10 lebih.

Setelah itu,kami semua di beri penerangan mengenai SRP serta peraturan-peraturan yang di tetapkan. Kami pun dengarlah dengan penuh khusyuk dan tawaduk sekali sebab masing-masing tengah darah gemuruh.

Kemudian satu persatu nama di panggil dan dimulakan dengan pelajar dari Uitm Segamat....masa itu semua nak ke tandas je kerjanya....takut bercampur gemuruh. Setelah selesai semuanya kami dikumpulkan untuk mendengar sedikit taklimat daripada Abg Hakeem...dan sekaligus memberi tahu bahawa KAMI SEMUA LULUS..!!!!!!!!!!!! alhamdullilah gembira bukan kepalang syukur sangat-sangat...TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA..!!!!





No comments:

Post a Comment