Wednesday, July 28, 2010

Seg@R am@T...

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat' atau ‘segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat' atau ‘segar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.


Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.
Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat



Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.
Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat

Siti Hajar....

Assalamualaikum...secebis kisah sebagai tazkirah ...semoga mampu menjadikannya bukan sekadar satu bacaan...tetapi satu motivasi untuk sama-sama kita hayati dan diamalkan..Insya Allah...NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira.
Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati.
Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu. Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi.
Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:"Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?"Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini."Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..."Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah."Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu.
Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya.
Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: "Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan." Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya. Ditabahkan hatinya dengan berkata: "Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini."Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. "Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar.Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air. Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.
Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku."Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Gugurnya kelop@k itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

khas buat ibu tersayang..al-fatihah

2 eKoR h@nTU...

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,"Apsal kau ni asyik menggigil je?""Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi."Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah."Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B."Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu."Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih..""Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang.""So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat."Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"3 SAHABAT

Anak kembar!!

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!""Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!"."Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!""Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.

Mengapa perlu kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.

"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.

"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.

"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.

"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.

"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.

"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,

"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .

Monday, July 12, 2010

Sunday, July 11, 2010

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby
Im tryingBoy
I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where
I have beenLucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
They don't know how long it takes
Waiting for a love likethis
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you,
I willI'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where
I have beenLucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all
I seeAs the world keeps spinning round
You hold me right here right now
I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where
I have beenLucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday