Monday, October 11, 2010

SepI SEkUNTum bUNGa

Merah kelopakku layu dimatamu
Tiada lagi haruman semerbak yang menggodamu
Tanah yang kau bajai dahulu telah gersang
Akarku kering kelontang dimamah mentari
Dahulu , aku dipuja,dibelai.
Berdiri megah di jambangan kasihmu
Akan tetapi setelah kemanisanku kau sunting,
Aku dicampakkan ketepi.
Kelopakku yang dahulu kau sanjungi,berderai layu.
Dedaunku yang dahulu menghijau,terkulai sepi.
Dahanku kian rapuh,serinya tiada lagi
Dimatamu sekarang dialah sekuntum bunga
pujaanmu.
Yang kau belai, kau tatap, kau sayang.
Manakala aku dalah bahan sisa kerakufanmu.
Tinggallah aku sendirian dengan benih yang kau
hadiahkan buatku ini.
Namun aku akan semai benih itu,
Hinggakan ia menjadi sekuntum mawar.
Tidak akanku biarkan nasibku memusnahkan ia.
Mawar itu akan menjadi bunga larangan.
Tersergam indah di Taman Astanoka ,
Yang menjadi saksi cinta kita.
Sepi ini akan ditolak ketepi.
Walaupun redup kasihmu tiada lagi.
Biarlah kau memuja sang mawar itu.
Tetapi jangan sekali kau menyuntingnya
kerana nafsu.
Dan suntinglah ia sebagai pemaisurimu yang sah.
Agar ia tidak akan menderita sepertiku.
Biarlah tangisan ini ditenggelami kesepian malam
Ataupun dihanyuti oleh sebuah rintihan sepi….
Rintihan,’Sepi Sekuntum Bunga’.

No comments:

Post a Comment